HOUSTON 13 Mac – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dijangka mula menawarkan produk minyak daripada kompleks penapisan petrokimia baharunya pada April memandangkan projek tersebut akan memulakan pengeluaran komersial penuh pada Oktober. Menurut laporan The Edge Markets yang memetik Reuters, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Hiliran) Petronas, Arif Mahmood berkata, pada peringkat awal, produk berkenaan mungkin tidak memenuhi spesifikasi komersial memandangkan ujian percubaan masih dijalankan. “Kami melihat projek ini adalah…










