GENEVA 20 Mac – Sebuah pesawat Fokker 100 milik Iran Air terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Tehran di Mehrabad, semalam. Bagaimanapun kesemua 24 penumpang dan sembilan krew pesawat itu selamat tanpa sebarang kecederaan. Channel News Asia yang memetik Ketua Jabatan Kecemasan, Pir-Hossein Kolivand sebagai berkata, ketika mendarat, pesawat itu mengeluarkan percikan api di bahagian belakang. “Berdasarkan maklumat awal, kebakaran itu berlaku selepas peralatan pendaratan gagal dibuka dengan baik. “Juruterbang berkenaan gagal membuka roda di belakang pesawat dan ekoran itu dia terpaksa terbang mengelilingi lapangan terbang dalam usahanya membuka kesemua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya