LONDON 25 Mac – Sebuah pesawat British Airways secara tidak sengaja telah terbang dari London ke Edinburgh, Scotland dan bukannya, Dusseldorf di Jerman hari ini.
Penumpang hanya mengetahui tentang kejadian itu selepas juruterbang memberitahu mereka telah mendarat di Edinburgh yang terletak kira-kira 800 kilometer dari Dusseldorf.
Selepas kru kabin menyedari kesilapan tersebut, pesawat telah diisi dan berlepas semula ke Jerman.
Memuatkan artikel berkaitan…
Penerbangan itu tiba tiga jam setengah lewat daripada yang dijadualkan.
“Kami sedang bekerjasama dengan WDL Aviation yang mengendalikan penerbangan ini bagi pihak British Airways tentang kesilapan penerbangan tersebut,” katanya seorang jurucakap di sini hari ini. -AFP











