TAMBOPATA 7 Mac – Kerajaan Peru membuka sebuah pangkalan tentera dalam hutan Amazon pada Selasa lalu sebagai usaha untuk membendung aktiviti perlombongan haram. Menteri Pertahanan, Jose Huerta berkata, tindakan itu diambil kerajaan untuk memerangi aktiviti tersebut yang menjadi punca utama kemusnahan hutan hujan terbesar dunia itu. “Kerajaan mengambil keputusan mengambil langkah bersama untuk membasmi perlombongan haram,” katanya.-AFP









