PATTANI 10 Mac – Kehilangan empat anggota keluarga dalam insiden keganasan di selatan Thailand mendorong Patimoh Pak Etaedaod menceburi dunia politik bagi membantu dan memperjuang hak kaum Hawa di wilayah bergolak itu. Bagi memastikan nasib kaumnya terutama mereka yang kehilangan suami terbela, wanita berumur 38 tahun itu menubuhkan Persatuan Wanita Untuk Kedamaian kerana menyedari masalah kaum Hawa hanya akan dapat diselesaikan melalui penglibatan mereka sendiri. Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, beliau berkata, wanita perlu tampil memperjuangkan hak mereka, khususnya berhubung pelaksanaan dasar oleh kerajaan agar suara mereka turut didengari dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya