Penyertaan Larian Ulat Buku u-Pustaka masih dibuka - Utusan Malaysia

Penyertaan Larian Ulat Buku u-Pustaka masih dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Orang ramai dialu-alu menyertai Larian Ulat Buku u-Pustaka ‘Bookworm Run’ 2019 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka di sini pada 31 Mac depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

PENDAFTARAN Larian Ulat Buku u-Pustaka Bookworm Run 2019 di Dataran Merdeka, 31 Mac depan masih dibuka kepada orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Larian dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sempena ulang tahun u-Pustaka kelapan.

Larian Ulat Buku akan bermula pada pukul 7 pagi dan pendaftaran masih boleh dibuat di www.ticket.2u.com.my.

Melalui laman Facebook u-Pustaka, pihaknya memaklumkan objektif larian bertujuan menyokong aktiviti membaca yang memerlukan gaya hidup yang sihat, minda pintar serta memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkhidmatan u-Pustaka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN