MENURUT penghayatan ulama tasawuf, al-Sarraj, hal al-mushahadah (penyaksian) sebagaimana tercatat dalam kitab al-Luma’ dialami oleh seseorang hamba setelah dia menghayati hal al-tama’ninah (rujuk Bicara Tasawuf keluaran lepas). Al-Sarraj mengatakan bahawa hal penyaksian merupakan maqam (kedudukan) yang tinggi dan ia merupakan fenomena atau suasana mengukuhkan lagi hakikat keyakinan seseorang hamba terhadap Allah bagi yang mencapai tahap ini. Beliau turut memetik firman Allah berkaitan hal penyaksian maksudnya: “Sesungguhnya (keterangan dan peristiwa) itu…










