IPOH 30 Mac – Penyakit buah pinggang merupakan satu beban besar kepada negara apabila terdapat sekurang-kurangnya 39,000 pesakit yang memerlukan dialisis dengan kos rawatan dianggarkan bernilai RM1.6 bilion pada setiap tahun. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, angka tersebut dijangka meningkat sehingga 50,000 pesakit pada tahun depan dengan kesedaran orang ramai mendapatkan rawatan, hasil jaringan komprehensif perkhidmatan dialisis di Malaysia setanding kebanyakan negara maju. “Kebanyakan penyakit buah pinggang…










