PARIT 13 Mac – Seorang penuntut kolej lelaki ditahan hari ini selepas dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sehingga mengandung. Dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota polis kira-kira pukul 1.05 pagi, suspek berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Lambor Kanan, Bota dekat sini. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, perbuatan itu terbongkar selepas doktor dari Hospital Seri Manjung membuat laporan polis ekoran mendapati mangsa mengandung kira-kira sembilan minggu sewaktu dia mendapatkan rawatan akibat cedera kemalangan ketika menunggang motosikal di Kampung Gajah semalam. “Hasil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya