Penjawat awam rugi RM300,000, ditipu 'jurutera' London - Utusan Malaysia

Penjawat awam rugi RM300,000, ditipu ‘jurutera’ London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU – Kerana cinta dan kasih seorang penjawat awam wanita di sini sanggup mengeluarkan sejumlah besar wang simpanannya untuk diberikan kepada seorang ‘jurutera’ di London.

Tidak cukup dengan itu, beliau yang berusia 33 tahun meminjam pula wang daripada pelbagai sumber kononnya untuk perbelanjaan makan minum, rawatan ibu dan pembiayaan projek pembinaan jurutera itu.

Namun, wanita itu menyedari dirinya ditipu dengan janji manis oleh lelaki tersebut setelah mendapati gambar digunakan oleh suspek adalah palsu apabila membuat semakan menerusi aplikasi Google.

Memuatkan artikel berkaitan…

Percintaan jarak jauh itu telah menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM370,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Sarawak Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah dalam satu kenyataan di sini berkata, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu pada 12 tengah hari tadi.

“Beliau telah berkenalan dengan lelaki tersebut secara dalam talian menggunakan aplikasi Tantan pada bulan Ogos 2018,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini