KUALA LUMPUR- Pengusaha-pengusaha restoran mamak mendakwa mengalami kemerosotan perniagaan hampir 30 peratus selepas kerajaan menetapkan larangan merokok di premis makanan itu sejak awal tahun ini. Ketua Jawatankuasa Khas India Muslim Parti Amanah Negara (Amanah), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, kerugian itu terjadi ekoran mereka kehilangan pelanggan hampir 50 peratus selepas larangan merokok itu dikuatkuasa. “Sebenarnya, pelanggan restoran kami hanya datang untuk menjamu selera pada waktu tengah hari dan malam sahaja,…










