SEMENYIH – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi memilih wakil rakyat baharu berakhir pukul 5.30 petang ini. Pengundian di 24 pusat mengundi berlangsung sejak 8 pagi. Setakat 4 petang, peratusan pemilih yang pergi mengundi ialah 68 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Seramai 53,411 pengundi biasa layak mengundi hari ini dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor dari Pakatan Harapan (PH), pada 11 Januari lepas. Pengundian awal bagi PRK itu diadakan Selasa lepas. Pusat penjumlahan rasmi undi yang ditetapkan ialah di Dewan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya