Penguat kuasa KPDNHEP Selangor direman SPRM - Utusan Malaysia

Penguat kuasa KPDNHEP Selangor direman SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang Penolong Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima suapan RM9,000, tiga minggu lalu.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Khairul Nizam Abu Bakar terhadap suspek berusia 38 tahun itu.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pukul 10.50 pagi memakai baju lokap tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tangan bergari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber SPRM, suspek ditahan pukul 2.30 petang semalam di pejabat kementerian tersebut cawangan Selangor.

“Siasatan awal mendapati suspek telah meminta suapan RM9,000 sebagai balasan bagi melepaskan passport pekerja asing warga Bangladesh. 

“Suapan itu telah diambil pada 7 Mac lalu ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salam ketika dihubungi mengesahkannya. 

Jelas beliau kes disiasat mengikut Sekyen 17(a)Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini