Pengadil buat Barca bimbang - Utusan Malaysia

Pengadil buat Barca bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON 12 Mac – Pengadil, Szymon Marciniak disahkan akan mengadili perlawanan kedua peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara antara Barcelona dan Lyon, esok.

Marciniak pernah mengadili beberapa perlawanan penting Barcelona pada Liga Juara-Juara, tetapi malangnya pengadil itu tidak memberi kelebihan kepada kelab gergasi Sepanyol tersebut.

Warga Poland itu merupakan individu bertanggungjawab sewaktu Barca dibelasah Paris Saint-Germain 0-4 pada 2017 dan dia juga mengadili perlawanan sewaktu Catalan tumpas 0-3 kepada Juventus di peringkat berikut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini kali kedua, musim ini, Marciniak mengadili perlawanan membabitkan Barcelona di pentas Eropah. Dia juga mengadili perlawanan sewaktu Barca diikat Inter Milan 1-1 dalam saingan kumpulan, November lalu. Barcelona sudah tentu berharap pelantikan Marciniak tidak membawa malang kepada pasukan itu dalam usaha mereka menempah slot ke suku akhir.

Sementara itu, pencabar Barcelona, Lyon yang mengikat Barca dengan keputusan seri tanpa jaringan di Perancis dalam aksi pertama, mengintai peluang untuk mencipta kejutan di Camp Nou.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Bruno Genesio itu berdepan tugas berat memandangkan Barcelona memiliki rekod cemerlang di laman sendiri. Anak-anak buah Ernesto Valverde itu, masih belum tewas dalam 29 perlawanan terakhir mereka di laman sendiri pada pertandingan tersebut.

Berkemungkinan besar terpaksa beraksi tanpa bek tengah berpengaruh, Marcelo selepas pemain itu ditimpa kecederaan, hujung minggu lalu, Lyon kini bergantung harap kepada dua lagi tonggak mereka iaitu kapten, Nabil Fekir dan Memphis Depay.

“Sewaktu Nabil beraksi, kami tahu apa yang perlu dijangkakan. Dia seorang pemain hebat yang mampu memberi jaminan kepada kami. Dia sudahpun membuktikan kemampuannya di pentas Eropah,” kata rakan sepasukan Fekir, Martin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini