Penduduk New Zealand nyata sokongan - Utusan Malaysia

Penduduk New Zealand nyata sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERTAFAKUR…Beribu-ribu penduduk New Zealand, tidak mengira latar belakang, berhimpun di beberapa lokasi di negara ini bagi menyatakan sokongan terhadap komuniti Islam.

Ini susulan seminggu selepas tragedi serangan pengganas yang meragut 50 nyawa di dua buah masjid di Christchurch.

Wartawan Stuff New Zealand, Tommy Livingston yang berada di Masjid Komuniti Islam di Wellington memberitahu, orang ramai berdiri di luar masjid sebagai sokongan ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat di dalam masjid tersebut sambil dikawal pihak polis.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini