Penduduk kecewa sikap kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Penduduk kecewa sikap kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 17 Mac – Penduduk Taman Pasir Putih di sini mendesak kerajaan negeri dan pihak berwajib untuk mena­ngani masalah pencemaran toksik di Sungai Kim Kim dengan segera.

Pengerusi Penaja Badan Bertindak Penduduk Isu Pencemaran Alam (BBPIPA) di Sungai Kim Kim, Muhammad Fauzi Rohani berkata, penduduk di taman berkenaan rata-ratanya kecewa dengan sikap kerajaan dalam menangani isu ini.

Katanya, sejak insiden itu bermula pada 7 Mac lalu, penduduk tidak mendapat hebahan secukupnya berkenaan aktiviti dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, tidak ada komunikasi dua hala antara pihak berwajib dan penduduk dalam menerangkan keadaan bencana yang berlaku, langkah pencegahan serta pengawalan.

“Malahan, tiada penglibatan langsung penduduk sebagai pihak berkepentingan dalam isu ini sama ada melalui pemimpin masyarakat atau individu berkemahiran dalam isu terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim telah menjejaskan kehidupan harian penduduk sekitar Pasir Gudang sehingga memaksa kerajaan menutup kese­mua 111 sekolah di kawasan ini.

Sementara itu, Muhammad Fauzi berkata, pihaknya menyerahkan memorandum penduduk kepada pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bencana di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana, Menara Aqabah di sini kelmarin.

“Kami juga menyenaraikan sembilan saranan untuk perhatian pihak berkuasa antaranya menyediakan khidmat bantuan kewangan kepada mangsa terlibat, menyediakan khidmat klinik bergerak dan mengadakan taklimat kepada penduduk.

“Saranan lain termasuklah me­maklumkan status semasa berhubung kerja pembersihan kepada penduduk dan tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang menyebabkan berlakunya pencemaran ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini