DENPASAR 28 Mac- Susulan letusan gunung berapi Agung, 20 penduduk daerah Karangasem berpindah dari kediaman masing-masing ke pejabat desa atas faktor keselamatan. Wakil Pengurusan Bencana Karangasem, Ida Bagus Arimbawa memberitahu kesemua penduduk yang ketakutan setakat ini selamat berpindah dari kediaman masing-masing. Letusan Gunung Agung berlaku sekitar pukul 6.25 pagi waktu tempatan. Ketinggian lepasan asap tidak diperhatikan, namun bunyi letusan dilaporkan kuat dan dapat didengari sehingga pos keselamatan.-AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya