KUALA LUMPUR 14 Mac – Kerajaan negeri digesa mengisytiharkan darurat segera di kawasan tertentu terutama di Pasir Gudang, Johor selepas insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim menjadi semakin kritikal. Langkah itu menurut Felo Penyelidik Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo adalah untuk mengelakkan penduduk di kawasan yang tercemar mengalami masalah kesihatan jangka panjang. “Kerajaan negeri perlu memastikan keselamatan penduduk di kawasan yang berisiko tinggi terjamin dengan memindahkan mereka ke tempat lebih selamat. Pengisytiharan darurat perlu dilaksanakan sehingga keadaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya