PASIR GUDANG 18 Mac – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan harian kepada mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim di sini berjumlah RM10,000. Pengarahnya, Mohd. Ajib Ismail berkata, sumbangan tersebut dibuat pihaknya menerusi inisiatif Jawi Food Bank. “Antara barangan yang disumbangkan termasuklah topeng muka, tuala, kain pelikat, makanan dan minuman serta kelengkapan tandas. “Harapan kami adalah agar kesemua mangsa yang terjejas dengan insiden ini kembali sihat seperti sedia kala,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan kepasa wakil petugas di Pusat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya