JOHOR BAHRU 13 Mac – Kementerian Pendidikan mengarahkan 43 buah sekolah di Pasir Gudang ditutup esok berikutan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang semakin membimbangkan.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik menerusi hantaran terbaharu dalam Facebooknya, memaklumkan pertambahan sembilan buah lagi ditutup selepas mengarahkan 34 sekolah ditutup petang tadi.
Senarai terkini sekolah yang diarahkan tutup esok adalah:
1. Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih
2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih
3. SK Pasir Putih
4. SK Tanjung Puteri Resort
5. SMK Tanjung Puteri Resort
6. SK Kota Masai 2
7. SMK Kota Masai 2
8. SK Kota Masai 3
9. SMK Kota Masai
10. SK Kota Masai
11. SK Perigi Acheh
12. Sekolah Agama Kampung Pasir Putih*
13. Sekolah Agama Taman Pasir Putih*
14. SK Scientex
15. SK Taman Mawar
16. SMK Nusa Damai
17. SMK Taman Rinting 1
18. SMK Taman Cendana
19. Sekolah Seni Malaysia
20. SMK Scientex
21. SK Taman Bukit Dahlia
22. SK Taman Pasir Gudang 4
23. SK Nusa Damai
24. SK Kopok
25. SK Cahaya Masai
26. SK Taman Cendana
27. SK Taman Rinting 2
28. SK Taman Rinting 3
29. SMK Pasir Gudang 2
30. SM Dato’ Penggawa Timur
31. SMK Pasir Gudang 3
32. SK Masai
33. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang
34. SMK Pasir Gudang 4
35. SMK Bandar Seri Alam
36. SMK Taman Rinting 2
37. SMK Taman Megah Ria
38. SMK Taman Seri Alam 2
39. Kolej Vokasional Pasir Gudang
40. SK Sungai Tiram
41. Sekolah Jenis Kebangsaan Chee Tong
42. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Masai
43. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Masai
*Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih merupakan sekolah di bawah Kerajaan Negeri Johor. – UTUSAN ONLINE











