JOHOR BAHRU 14 Mac – Polis Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu terutama dalam media sosial berkenaan kes pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang boleh membawa kegusaran kepada masyarakat. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang dikenal pasti menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian itu. “Kebelakangan ini banyak berita palsu dan tidak benar…










