Pencemaran toksik, Dewan Rakyat bahas usul tergempar petang ini - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik, Dewan Rakyat bahas usul tergempar petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai pencemaran toksik di Pasir Gudang pada pukul 4.30 petang ini. Usul itu dibenarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof selepas dibentangkan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan disokong Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau). Ini berikutan usul berkenaan memenuhi tiga kriteria iaitu menyentuh kepentingan ramai, perlu disegerakan dan melibatkan perkara tertentu. -UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN