PASIR GUDANG 13 Mac – Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 506 kes baharu ekoran pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini direkodkan setakat pukul 7 malam, hari ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 166 mangsa telah dimasukkan ke dalam wad. “Sembilan daripada mereka telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan rawatan bersesuaian telah diberikan pada setiap mangsa. “Laporan yang mengatakan adanya kematian berhubung insiden ini dalam media sosial, itu tidak benar,” ujarnya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya