PUTRAJAYA – Sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor diarah ditutup serta-merta bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang diberitahu kelak susulan kejadian pembuangan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim pada Khamis lalu. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini menimpa guru, pelajar dan warga sekolah berikutan keadaan yang semakin kritikal. “Saya telah mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini juga. “Para guru juga tidak perlu bertugas kerana keadaan masih berbahaya,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya