PASIR GUDANG 7 Mac – Lima murid dipercayai menjadi mangsa pencemaran sisa dan gas kimia di Sungai Kimkim, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih di sini pagi ini berada dalam keadaan kritikal. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, kelima-limanya kini masih dirawat di wad kecemasan Zon Merah iaitu zon kritikal di Hospital Sultan Ismail (HSI) di…










