Pencemaran: 22 mangsa masih dirawat di hospital - Utusan Malaysia

Pencemaran: 22 mangsa masih dirawat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Seramai 22 mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim, di sini masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, sementara itu dua mangsa masih ditempatkan di dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, sehingga pukul 12 tengah malam semalam, jumlah pesakit yang dibenarkan pulang di kedua-dua hospital terlibat adalah 73 orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemantauan kualiti udara dijalankan secara berterusan oleh pasukan pemantau dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) di 42 buah sekolah yang berada dalam kawasan radius pencemaran bagi memastikan keadaan benar-benar stabil.

“Secara keseluruhan, hampir semua sekolah menunjukkan nilai Volatile Organic Compound (VOC) sifar peratus, kecuali Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3, yang menunjukkan bacaan VOC pada kadar lima dan tiga ketika bacaan diambil pada pukul 3 petang, 17 Mac lalu,” katanya.

Sahruddin berkata, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan sebaran maklumat melalui media sosial yang belum tentu kesahihannya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 07-2522 143 atau 07-2532 143. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini