PUTRAJAYA 28 Mac- Penantian selama tujuh tahun seorang pelajar cemerlang tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, Roisah Abdullah, 22, untuk mendapatkan status kewarganegaraan berakhir apabila kerajaan meluluskan permohonannya baru-baru ini. ROISAH ABDULLAH menunjukkan surat kelulusan status kewarganegaraan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini. – UTUSAN ONLINE Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kapar Indah, Klang itu pernah membuat permohonan kewarganegaraan pada 2013 namun, tidak diluluskan sebelum dia…










