Pemindahan pelarian Rohingya tidak tergesa-gesa - Utusan Malaysia

Pemindahan pelarian Rohingya tidak tergesa-gesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 25 Mac – Kerajaan Bangladesh tidak tergesa-gesa untuk memindahkan pelarian ke pulau Bay Bengal selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencari maklumat lanjut tentang rancangan tersebut.

Bangladesh merancang untuk memindahkan kira-kira 100,000 daripada hampir sejuta pelarian Rohingya yang berlindung di Cox’s Bazar ke pulau terpencil di Bhasan Char.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang merancang untuk membantu Bangladesh dengan langkah itu, lapor Reuters minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun PBB dalam satu kenyataan hari ini menggesa penilaian semula dan badan itu sedang berbincang mengenai perlindungan kritikal dan isu-isu operasi sebelum pemindahan tersebut dilakukan.

Menteri Dalam Negara (Pengurusan Bencana dan Bantuan), Enamur Rahman berkata, pihaknya akan bergerak lebih pelahan dalam soal pemindahan tersebut kerana tiada tarikh tepat untuk berpindah.

“Kami tidak tergesa-gesa dan hanya akan bermula apabila semua badan PBB dan pelarian Rohingya merasakan kawasan tersebut sudah sedia,” ujarnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini