SALAM ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali dalam ruangan Genius Corner bersama topik Python siri ketiga. Pada artikel minggu ini kita akan belajar mengenai pemboleh ubah di dalam Python.
Menetapkan nilai pada pemboleh ubah
Seperti Php, Python juga tidak mewajibkan agar jenis pemboleh ubah didaftarkan.
Contohnya jika pemboleh ubah ditetapkan dengan nilai 100, secara automatik Python akan menganggap pemboleh ubah tersebut adalah dari jenis Integer atau Numeric.
Buka Interpreter Python dan taipkan arahan berikut. Tekan Enter untuk melihat hasilnya.
#!/usr/bin/python
counter = 100 # An integer assignment
miles = 1000.0 # A floating point
name = “Fariz” # A string
print counter
print miles
print name
Menetapkan beberapa pemboleh ubah serentak
Menerusi Python, anda berpeluang menetapkan nilai kepada beberapa pemboleh ubah menggunakan sebaris kod atur cara yang sama seperti contoh berikut.
a = b = c = 1
d, e, f = 1, 2, “Gaskin”
Pemboleh ubah a, b dan c akan ditetapkan dengan nilai 1, manakala pemboleh ubah d dengan nilai 1, pemboleh ubah e dengan nilai 2 dan akhir sekali pemboleh ubah f dengan nilai “Gaskin”.
String
Python membenarkan String dirangkum samada menggunakan single quote seperti ‘Fariz’ atau double quote seperti “Gaskin”. Subset, atau sebahagian daripada kandungan String tadi boleh dibawa keluar menggunakan operator slice [] dan [:], dengan karakter pertama diwakili nombor 0. Karakter terakhir dalam String boleh juga diwakili dengan nombor -1. Taipkan arahan berikut dalam Interpreter Python.
#!/usr/bin/python
str = ‘Hello World!’
print str # Prints complete string
print str[0] # Prints first character of the string
print str[2:5] # Prints characters starting from 3rd to 5th
print str[2:] # Prints string starting from 3rd character
print str * 2 # Prints string two times
print str + “TEST” # Prints concatenated string
Tekan Enter untuk melihat hasilnya.
Hello World!
H
llo
llo World!
Hello World!Hello World!
Hello World!TEST
List
List atau Array merupakan pemboleh ubah yang sangat versatil dalam Android. List dimulakan dengan ([) dan ditamatkan dengan (]). Setiap data berbeza di dalam List diasingkan dengan koma (,). Python membenarkan data daripada jenis yang berbeza untuk berada di dalam List yang sama. Taipkan arahan berikut dalam Interpreter Python.
#!/usr/bin/python
list = [ ‘abcd’, 786 , 2.23, ‘john’, 70.2 ]
tinylist = [123, ‘john’]
print list # Prints complete list
print list[0] # Prints first element of the list
print list[1:3] # Prints elements starting from 2nd till 3rd
print list[2:] # Prints elements starting from 3rd element
print tinylist * 2 # Prints list two times
print list + tinylist # Prints concatenated lists
Tekan Enter untuk melihat hasilnya.
[‘abcd’, 786, 2.23, ‘john’, 70.2]
abcd
[786, 2.23]
[2.23, ‘john’, 70.2]
[123, ‘john’, 123, ‘john’]
[‘abcd’, 786, 2.23, ‘john’, 70.2, 123, ‘john’]
Dictionary
Pemboleh ubah jenis Dictionary berfungsi seperti Hash Table atau Associative Array dalam bahasa pengaturcaraan Perl. Kelebihan Associative Array ini berbanding array biasa ialah setiap data di dalam senarai boleh dirujuk menggunakan pasangan key-value. Dalam erti kata lain, setiap data yang terkandung lebih mudah dicari berbanding data di dalam array biasa. Senarai data dalam pemboleh ubah Dictionary dirangkum dengan curly braces { dan }. Setiap data di dalam Dictionary boleh dirujuk dan dipanggil menggunakan square braces []. Taipkan arahan berikut dalam Interpreter Python.
#!/usr/bin/python
dict = {}
dict[‘one’] = “This is one”
dict[2] = “This is two”
tinydict = {‘name’: ‘john’,’code’:6734, ‘dept’: ‘sales’}
print dict[‘one’] # Prints value for ‘one’ key
print dict[2] # Prints value for 2 key
print tinydict # Prints complete dictionary
print tinydict.keys() # Prints all the keys
print tinydict.values() # Prints all the values
Tekan Enter untuk melihat hasilnya.
This is one
This is two
{‘dept’: ‘sales’, ‘code’: 6734, ‘name’: ‘john’}
[‘dept’, ‘code’, ‘name’]
[‘sales’, 6734, ‘john’]
SEMAKAN
Dalam latihan minggu ini, kita telah diperkenalkan dengan tiga jenis pemboleh ubah utama Python iaitu String, List dan Dictionary. Sesebuah pemboleh ubah String hanya boleh memegang satu data pada satu-satu masa. Bagi List dan Dictionary pula, pelbagai data boleh disimpan di dalam senarai, dan tidak terhad kepada satu jenis data.
List dan Dictionary membenarkan jenis data berbeza seperti String, Integer, Long, Float dan
Complex berada di dalam senarai yang sama. Python juga tidak mewajibkan pengatur cara mendaftarkan jenis pemboleh ubah seperti yang lazim dilakukan oleh bahasa lain seperti C++ atau Java.










