Pembangkang India janji beri bantuan RM4,251 setahun - Utusan Malaysia

Pembangkang India janji beri bantuan RM4,251 setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 25 Mac – Parti pembangkang India hari ini berjanji akan memberi bantuan sebanyak 72,000 rupee (RM4,251) setahun kepada keluarga miskin di negara ini sekiranya berjaya memenangi pilihan raya akan datang.

Reuters melaporkan, Presiden Kongres, Rahul Gandhi berkata, program bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada 250 juta penduduknya.

“Ini adalah idea yang sangat kuat, dinamik dan telah difikirkan dengan sebaik-baiknya,” katanya yang akan melaksanakan program tersebut secara berperingkat-peringkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang disertai Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan pembangkang tidak akan berjaya melaksanakan program bantuan tersebut.

BJP dalam satu kicauan di Twitter berkata, parti itu menjanjikan pemberian 6,000 rupee setahun (RM354) kepada 120 juta petani miskin dan potongan cukai kepada golongan pertengahan,

Mereka juga telah melancarkan insurans kesihatan murah bagi golongan miskin. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini