KUALA LUMPUR 14 Mac – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menempatkan pelajar-pelajar dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), di Bukit Kiara, di sini pada pertengahan tahun ini. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sedang dalam proses rundingan bersama Kementerian Pendidikan bagi menempatkan pelajar di akademi itu selain bagi membolehkan mereka belajar selain menjalani latihan di sana. Katanya, KBS juga sedang menjalankan perbincangan bersama beberapa institusi pendidikan swasta untuk memberikan tuisyen kepada pelajar yang akan menginap di akademi itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya