KUANTAN 11 Mac – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya proses memperbaharui permit kerja bagi pekerja asing dilaksanakan dengan kerjasama kedutaan negara masing-masing. Presiden Peka, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, cadangan berkenaan dikemukakan kerana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerap menerima rungutan daripada pekerja asing berhubung masalah mendapatkan permit kerja melalui ‘orang tengah’. Beliau berkata, KDN boleh melantik kedutaan asing di negara ini untuk membantu proses mendapatkan permit kerja selain hanya mengeluarkan pasport. “Isu ini (permit kerja) seharusnya diselesaikan segera dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya