GENEVA 6 Mac – Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet memberi amaran terhadap India berhubung ‘polisi pemisahannya’ akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi. “Kami menerima pertambahan laporan berkaitan penindasan dan menyasarkan golongan minoriti – terutamanya Muslim,” kata Bachelet seperti dipetik oleh Reuters dalam laporan tahunannya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva.









