DILAHIRKAN dengan tanda lahir yang memenuhi tubuhnya, seorang kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Keagen, 3, sedang asyik bermain dengan sebuah anak patung di kediamannya yang terletak di kota London, Britain. Sesekali kelihatan kanak-kanak tersebut bercakap dengan anak patung itu dan memeluknya erat. Dihadiahkan oleh ibunya bersempena ulang tahun kanak-kanak itu beberapa bulan lalu, anak patung tersebut menjadi permainan kegemarannya sejak dari itu dan harinya tidak akan berlalu tanpa bermain dengannya.…










