Pasangan usung anak jelajah dunia - Utusan Malaysia

Pasangan usung anak jelajah dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sepasang suami isteri, Karen Edwards, 34, dan Shaun Bayes, 33, telah membawa dua anak mereka mengembara ke berpuluh-puluh buah negara di seluruh dunia bermula pada tahun 2015.

Karen memaklumkan dua anaknya Esme Bayes, 4, dan Quinn Bayes, 12 bulan, masing-masing telah melawat 40 dan 28 buah negara sejak mereka lahir.

“Semuanya bermula pada cuti berpantang selepas melahirkan Esme. Apabila dia baru berusia enam bulan, kami membuat keputusan untuk ke Singapura dan terus mengembara selama 10 bulan sebelum pulang ke Britain,” kata Karen yang berasal dari Crystal Palace, London.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Quinn dan Esme suka menaiki penerbangan. Mereka telah pergi ke Hong Kong, Bali, Kemboja, Panama, Taiwan dan Bolivia. Kami boleh melakukan semua ini kerana Shaun bekerja sendiri sebagai jurubina, jadi mudah untuk kami bercuti bersama,” tambahnya.

Menurut pasangan itu, pengembaraan kali kedua memerlukan ‘tempoh percubaan’ bersama Esme dan Quinn yang ketika itu baru berusia tujuh bulan kerana ketika pengembaraan pertama, mereka hanya perlu fokus kepada seorang bayi.

Dalam pada itu, keluarga empat beranak itu kini merancang untuk menjual rumah mereka di London bagi membeli hartanah untuk disewakan di kawasan pinggir bandar seterusnya menampung perbelanjaan mengelilingi dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini