BRIVE-LA-GAILLARDE, Perancis 17 Mac – Hakim Pengadilan Keluarga di Perancis hari ini melarang sepasang suami isteri yang ‘gila’ bola sepak daripada memberi nama Griezmann Mbappe kepada anak lelaki mereka. Hakim di bandar Brive-la-Gaillarde telah menggugurkan dua nama pertama bayi tersebut, lima bulan selepas kelahirannya, menurut majlis bandar raya tempatan kepada AFP. Ibu bapanya akhirnya memutuskan untuk memanggil bayi lelaki tersebut Dany Noe. Bermula 1993, keluarga di Perancis bebas memilih nama pertama anak mereka tetapi pihak berkuasa tempatan dibenarkan merujuk ibu bapa kepada pendakwa jika pilihan tersebut dilihat boleh merosakkan anak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya