Pasangan kekasih antara 30 penagih dadah dicekup AADK - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih antara 30 penagih dadah dicekup AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Sepasang kekasih antara 30 individu yang diberkas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor dalam Operasi Aduan Awam dan Langgar Syarat, Sabtu lalu.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Selangor, Khairulnizam Abu Samah berkata, pasangan yang masing-masing berusia 19 dan 35 tahun itu diberkas pukul 12 tengah hari di dalam sebuah rumah di Jeram.

“Soal-siasat terhadap pasangan itu mengaku mengambil dadah pada sebelah malam sebelum mereka ditahan AADK.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Khairulnizam, pihaknya turut menahan 28 lagi individu dalam operasi sama kerana positif Morfin dan syabu .

Kata beliau, enam daripada individu yang ditahan tersebut didapati melanggar syarat pengawasan dikenakan terhadap mereka sebelum ini.

 “Operasi ini secara langsung dapat membanteras penagihan dan pengedaran dadah terutama di sekitar Jeram, Bestari Jaya dan Tanjong Karang.

“Kesemua penagih yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) dan Seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini