Parlimen: Undang-undang penyalahgunaan media sosial ditambah baik - Utusan Malaysia

Parlimen: Undang-undang penyalahgunaan media sosial ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Langkah pengkemaskinian dan penambahbaikan undang-undang berkaitan penyalahgunaan media sosial akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan peruntukan undang-undang terbabit terus kekal relevan dan selaras peredaran semasa.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, kerajaan tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pengguna media sosial yang menggugat keselamatan, kestabilan dan keharmonian negara khususnya mereka yang menghina institusi diraja, perkauman dan agama.

Beliau berkata, meskipun kerajaan sentiasa komited dalam usaha menjamin kebebasan bersuara rakyat Malaysia, hak kepada kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak dan tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peruntukan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan adalah antara instrumen perundangan khusus bagi menangani penyalahgunaan yang berupa provokasi dan penghinaan terhadap kaum dan agama serta institusi diraja

“Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula bagi kesalahan penggunaan tidak wajar berasaskan aduan yang diterima daripada masyarakat awam dan daripada pihak yang terkesan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini