KUALA LUMPUR – Setakat ini tiada keperluan untuk mengisytihar darurat bencana di Pasir Gudang berikutan krisis pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim yang menjejaskan kesihatan lebih 1,000 orang awam di kawasan itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin. Beliau berkata, walaupun kerajaan tidak mengisytiharkan darurat di kawasan itu, usaha pengurusan dan mitigasi yang dijalankan kini melibatkan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan seolah-olah dalam keadaan darurat. “Krisis…










