Parkir hospital sesak, bila mahu selesai? - Utusan Malaysia

Parkir hospital sesak, bila mahu selesai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
ISU
parkir tidak mencukupi di mana-mana hospital kerajaan dilihat bagai tiada noktah, hal itu berlaku berulang-ulang walaupun terdapat hospital baharu yang di bina.

Hal ini agak menghairankan saya, apakah semasa merancang pembangunan sesebuah hospital, hal parkir kenderaan tidak di ambil kira?

Tiada siapa yang perasaan isu itu berlaku di mana-mana hospital yang sedia ada sebelum ini?

Memuatkan artikel berkaitan…

Atau parkir yang ada hanya dibina sekadar ada sahaja, berikutan bajet untuk pembinaan kemudahan itu juga perlu diambil kira.

Sebutkan sahaja mana-mana hospital kerajaan pasti parkir kenderaan akan menjadi salah satu isu yang seolah-olah sinonim dengan kemudahan kesihatan tersebut.

Hal itu bukan sahaja menyukarkan pelawat malah pesakit sendiri yang perlu berulang alik mendapatkan rawatan di mana-mana hospital.

Adakala hingga berjam-jam lamanya berpusing-pusing mahu mendapatkan parkir, jika terdesak bahu jalan dan parkir bertindihlah akhirnya.

Ada yang menyarankan agar keluar seawal mungkin untuk memastikan ruangan parkir masih banyak yang kosong, namun berebut pula dengan mereka yang ingin ke tempat kerja.

Saya ingin mengambil contoh Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak yang akhirnya mengambil inisiatif menyediakan khidmat van shuttle.

Ini memudahkan kerana orang ramai perlu parkir di kawasan yang telah disediakan iaitu di hadapan klinik Kesihatan GreenTown dan sekitar Velodrome Rakyat sebelum di bawa ke hospital menggunakan van.

Jika kerajaan mahu membina hospital selepas ini, cubalah laksanakan kajian dan fokus terhadap masalah parkir yang tidak pernah selesai.

Apa yang pasti jumlah kenderaan akan terus bertambah seiring dengan pertambahan rakyat negara ini juga. Oleh yang demikian keperluan terhadap ruangan parkir juga pastinya akan meningkat.

RAKYAT PRIHATIN

Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini