Pameran lukisan tapir di Matic sehingga 5 Mei - Utusan Malaysia

Pameran lukisan tapir di Matic sehingga 5 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Orang ramai dipelawa menyaksikan pameran lukisan tapir berjudul Tapirama yang sedang berlangsung di Creative Space, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang, sehingga 5 Mei ini.

PAMERAN Tapirama bawa mesej selamatkan tapir yang kian terancam di Creative Space Matic, Pusat Pelancongan hingga 5 Mei ini. – UTUSAN ONLINE

Pameran membawa mesej selamatkan tapir yang kian terancam itu diadakan sempena sambutan Hari Tapir Sedunia 2019 pada 27 April setiap tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penganjuran pameran berkenaan merupakan inisiatif Kumpulan Gariswarna yang menjadikan tapir dan alam sekitar sebagai subjek dan tema dalam pameran ini sekali gus menggalakkan penglibatan generasi baharu untuk mencintai haiwan unik tersebut.

Menampilkan empat pelukis tanah air iaitu Abby Zain, Mei Mambo, Ida Sri dan Lal Mural yang akan berada di sepanjang pameran bermula sejak 5 Mac lalu.

Sepanjang tempoh pameran, turut diadakan kelas dan bengkel kesenian seperti kelas menjahit tapir mainan, kelas melukis atas gelas dan kelas mewarna. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini