KUANTAN 8 Mac – Kelebihan bermain di laman sendiri dimanfaatkan sepenuhnya oleh Tok Gajah apabila menewaskan skuad Helang Merah 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini. Pemain gantian Pahang, Zuhair Aizat menjadi wira Tok Gajah apabila menjaringkan gol tunggal skuad berkenaan pada minit ke-86 perlawanan. Zuhair masuk bagi menggantikan Mohamadou Sumareh yang mengalami kecederaan. Pahang memperoleh peluang terbaik bagi membuka jaringan pada minit ke-30…










