GUA MUSANG – Kira-kira 120 penduduk membabitkan 30 keluarga Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh di sini diserang penyakit misteri kulit bersisik, bernanah dan berkudis sejak tiga bulan lalu. Penduduk yang berusia antara dua hingga 30 tahun itu hidup dalam kebimbangan apabila penyakit misteri yang dialami mereka semakin serius kerana belum menemukan sebarang penawar. Penghulu Kampung Kuala Koh, Mamat Pokok berkata, penyakit itu sebelum ini hanya menyerang…










