KUALA LUMPUR 19 Mac – Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan wakil pembangkang rentetan keputusan Timbalan Yang Dipertua, Nga Kor Ming menggantung Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) daripada menghadiri sidang selama tiga hari bermula hari ini. Perintah itu dibuat Kor Ming atas alasan Noh telah melemparkan tohmahan ke atas pengerusi mesyuarat kononnya tidak layak memegang jawatan sewaktu sesi perbahasan usul menjunjung kasih…










