WELLINGTON 21 Mac – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan larangan serta-merta penjualan raifal dan senjata separuh automatik susulan insiden tembakan rambang di Christchurch minggu lalu. “Saya mengumumkan negara ini akan mengenakan larangan terhadap semua senjata separuh automatik jenis tentera. Kami juga menyekat semua raifal,” kata Ardern sambil mengumumkan langkah sementara untuk menghentikan penjualan senjata sebelum undang-undang sebenar dilaksanakan. Tambah Ardern, peluruh berkapasiti tinggi yang membuatkan raifal melepaskan tembakan dengan cepat juga akan dikenakan larangan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya