Nestle perkenal kiosk berkuasa solar pertama di dunia - Utusan Malaysia

Nestle perkenal kiosk berkuasa solar pertama di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 18 Mac – Nestle Ice Cream melancarkan kiosk aiskrim berkuasa solar di Malaysia dan yang pertama di dunia selari dengan usaha syarikat itu untuk menangani perubahan iklim.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle (M) Berhad, Teo Heng Keat berkata, kiosk tersebut menggunakan tenaga solar menerusi panel fotovoltan yang terletak di atas bumbung bagi memastikan aiskrim di dalam peti kekal dingin dengan suhu luaran pada 35 hingga -25 darjah selsius dengan kos sifar tenaga.

Menurut beliau, pelancaran kiosk itu adalah untuk meneruskan komitmen syarikat bagi memulihara dan melestarikan alam sekitar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum pelancaran terbaharu ini kami telah melancarkan lebih 13,000 peti simpanan sejuk beku eko di seluruh Malaysia pada 2015.

“Peti ini memerlukan separuh tenaga berbanding model sebelumnya dan menggunakan penyejuk semula jadi untuk mengekalkan aiskrim pada suhu yang tepat,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kiosk kuasa solar Nestle Ice Cream di sini hari ini.

Tambah Heng Keat, setiap kiosk yang baharu dilancarkan berfungsi 100 peratus tanpa penggunaan kuasa elektrik dan ia membantu mengurangkan 263 kilogram pelepasan karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang sesuai untuk mempunyai kiosk aiskrim solar Nestle dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada syarikat lain untuk mengambil tindakan dan mencari cara baharu untuk mengurangkan pelepasan karbon dserta melestarikan alam sekitar,” katanya.

Nestle berhasrat melancarkan lebih banyak kiosk berkuasa solar di seluruh negara pada masa akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini