KUALA PERLIS 30 Mac – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengajak mana-mana nelayan khususnya yang tidak menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (EHSN) yang diberikan oleh kerajaan supaya mencarum menerusi Skim Insurans Nelayan Berkelompok LKIM. Ketua Pengarahnya, Jamaludin Othman berkata daripada kira-kira 99,000 nelayan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) seluruh negara dan lembaga itu pada masa ini, hanya 33,000 sahaja yang menerima EHSN dan secara automatik mencarum kepada skim itu.…










