Murid perempuan maut, dua parah dirempuh pemandu mabuk - Utusan Malaysia

Murid perempuan maut, dua parah dirempuh pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD 11 Mac – Seorang murid perempuan maut manakala dua lagi parah selepas dirempuh sebuah kereta jenis Nissan Sentra di Jalan Kampung Tempasuk 2 di sini, kira-kira pukul 6.40 pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Zaidi Abdullah berkata, Max Christty, 10, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tempasuk 2, parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua mangsa yang parah ialah murid SK Tempasuk 2, Maxryona Masdi, 6, dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan 1 Kota Belud, Michelle Marianne, 14.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati pemandu disyaki memandu dalam keadaan mabuk sebelum merempuh pelajar sekolah yang berada di sebelah kanan bahu jalan ketika sedang menunggu kenderaan untuk ke sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaidi, kenderaan itu kemudian terbabas sebelum melanggar bahagian tepi konkrit sebuah rumah milik orang kampung.

Mangsa yang parah telah dibawa ke Hospital Kota Belud sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Likas Kota Kinabalu, di sini.

Beliau berkata pemandu berusia 54 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan kini ditahan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1952. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini