SEGAMAT 31 Mac – Seorang mualaf yang hidup sebatang kara terpaksa mengharapkan ihsan seorang rakan yang bukan Islam untuk meneruskan kehidupan sejak dua tahun lalu. Muhammad Lai Abdullah, 52, yang masih bujang berasal dari Perak, mengalami buta mata kiri akibat tertusuk benda tajam 15 tahun lalu, membawa diri ke Johor selepas dibuang keluarganya apabila mereka mengetahui dia memeluk agama Islam pada 2015. “Saya tidak mampu untuk bekerja kerana mengalami masalah…