DOHA 11 Mac- Penunggang Ducati, Andrea Dovizioso meraih kemenangan dalam saingan pembukaan MotoGP Qatar buat tahun kedua awal pagi tadi, sekali gus menafikan cabaran juara dunia Marc Marquez untuk tempat pertama. Kedua-dua penunggang itu, saling bertukar kedudukan pada pusingan terakhir tetapi Dovizioso, yang lebih banyak mendahului perlumbaan bersama jentera Ducati miliknya, memastikan kemenangan dengan hanya 0.023 saat (s) di depan pencabar dari Honda itu. Perlumbaan itu mengulangi saingan dua penunggang…










